Saturday, October 17, 2009

TERBARU!*SUPER OTO-3*

KELUARAN TERBARU R&Z COSMETICS SDN BHD:
MINUMAN SUPER OTO 3

1.Formula khas untuk penjagaan dan merawat sakit sendi & urat.

2.Menghilangkan rasa sakit & membaiki sendi serta rawan yang rosak.

3.Amat berkesan merawat masalah :

=Gout
=Sakit Sendi
=Kebas Kaki Tangan
=Membuang Toksid Dalam Badan
DAPATKANNYA SEGERA DENGAN HANYA RM 55.00 S/M DAN RM 60.00 S/S
PADA PENGEDAR-PENGEDAR SAH R&Z COSMETICS ATAU HUBUNGI KE TALIAN HOTLINE 012-4708825 / 019-4770361
SEGERA!SEMENTARA STOK MASIH ADA!

SUPER STEROL 1 KINI DIPASARAN!!!!

TERBARU & TERKINI....
MINUMAN SUPER STEROL-1

SEGAR,SELESA,SIHAT


1.Mampu menurunkan paras kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein).


2.Berkesan merawat penyakit & menyelesaikan masalah seperti :


=Serangan Jantung
=Angin ahmar
=Obesiti (Kegemukan)
=Darah Tinggi
=Diabetes


Cara Pengambilan :


Ambil 1 bungkus Minuman Super Sterol-1.
Campurkan 200nl air suam.
Kacau dan sedia untuk dihidangkan. Sebungkus sehari.

TERBARU DI PASARAN ,SUPER DR-2!!PASTI BERKESAN...





Minuman SUPER MAXX 5, Super Sterol-1,
Super DR-2, Super Oto-3 adalah salah satu
keluaran terbaru di bawah rangkaian
R&Z Food & Drink (Di bawah R&Z Cosmetics)

____________________________________________________________________

SUPER DR-2


1.Mampu mengembalikan kecerahan kulit, menggebukan,
melembabkan, menegangkan dan menghilangkan kedutan.

2.Sebagai Agen Anti Penuaan.

3.Berkesan merawat & menyelesaikan masalah :

=Jerawat
=Parut
=Jeragat
=Kulit Gelap
=Kulit Kusam
=Kulit Tidak Sekata
=Alahan Kulit (Eczeme)
=Psoriasis
=Kulit Bersisik


SUPER MAXX-5 TERBUKTI BERKESAN!

ANTARA TESTIMONI YANG TELAH BERJAYA!!

SEBELUM SELEPAS












PENYELESAIANNYA…..

- Membantu mendapatkan berat badan yang ideal
- Kaya dengan kandungan serta yang tinggi.
- Membantu mengekalkan tenaga yang berpanjangan.
- Membantu tidur dengan nyenyak.
- Membantu kecergasan minda.
- Membantu mencantikkan struktur kulit.
- Tanpa Gula – Sesuai untuk penghidap diabetis.
- Kaya dengan Anti-Oksida.
- Membantu melangsingkan badan
dalam masa yang singkat.

TANPA PEWARNA..
TANPA GULA…TANPA PERASA TIRUAN…
SEGALANYA SEMULAJADI DAN SELAMAT…

CARA PENGGUNAANNYA :-

Sehari 2 sachet iaitu :
1.1 jam sebelum sarapan pagi (1 sachet)
2.1 jam sebelum makan malam (Makan
malam sebelum pukul 7 petang) (1 sachet)

PERINGATAN :

1.Campurkan serbuk Minuman Super Maxx 5 dengan
300 ml air sejuk dalam bekas ‘shaker bertudung’,
goncang dan sedia diminum.
2. Pastikan anda tidak mengambil sebarang makanan
sekurang-kurangnya 1 jam sebelum /
selepas minum Minuman Super Maxx 5.
3. Minum air ekstra 500ml ke 1000 ml sehari, untuk sel-sel berada dalam keadaan aktif.


Thursday, August 27, 2009

PROMOSI HEBAT!!


PROMOSI HEBAT SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK
R&Z COMETICS MENAWARKAN POTONGAN HARGA UNTUK SUPER MAXX-5
HANYA RM 45(S/M) DAN RM50 (S/S)

MENDAFTARLAH SEKARANG!~





ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SUB-DEALER?



1.Perlantikan Sub-Dealer:

a. Pihak Syarikat dengan ini melantik Sub-Dealer sebagai pengedar kepada produk dan barangan Pihak Syarikat dengan jenama ‘R&Z Cosmetics’ di dalam kawasan yang tertentu yang akan ditentukan oleh pihak Syarikat dan pihak Sub-Dealer bersetuju untuk menerima perlantikan tersebut dengan mengikut syarat-syarat yang tertera di bawah.

b. Pihak Syarikat.akan memberi secara percuma iaitu Poster Produk untuk tujuan promosi.

2.Peraturan Pendaftaran:


a. Sub-Dealer perlu menulis segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak betul, Pihak Syarikat berhak menolak permohonan anda untuk menjadi Sub-Dealer tanpa sebarang alasan.

b. Setiap Sub-Dealer akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM40-00 dan diwajibkan membeli stok permulaan produk R&Z Cosmetics, RNL Collection and R&Z Food & Drink yang itemnya dan harga telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat R&Z Cosmetics.

c. Hak Pengedar Sub-Dealer tidak boleh ditukar milik atau serah hak tanpa pengesahan dan persetujuan bertulis daripada Pihak Syarikat.
Contoh : Sekiranya anda ingin menutup premis perniagaan anda dan menjual premis tersebut kepada orang lain, secara automatik hak dan status anda sebagai Wakil Jualan R&Z Cosmetics juga akan terbatal dan tidak boleh dijual kepada orang yang membeli premis.

3. Pembelian Barangan:

a. Setiap pembelian adalah secara tunai dan Resit Pembelian perlu dihantar ke Ibu Pejabat Pihak Syarikat R&Z Cosmetics sebagai bukti pembelian untuk mengesahkan perlantikan.

b. Pihak Syarikat akan cuba memastikan setiap pesanan belian adalah dilayan dengan secepat mungkin dan pembekalan produk dan barangan akan diberikan kepada Sub-Dealer dengan secepat mungkin . Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk dan barangan yang dipesan tiada stok atau kehabisan stok.

4.Polisi Syarikat:

a. Pertukaran Barangan

(i) Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak (untuk produk yang sama) sahaja dan sekiranya ditukar dalam tempoh 1 bulan.

(ii) Barangan berbentuk Set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set atau telah digunakan tidak boleh ditukar. Sekiranya Pihak Sub-Dealer mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, Pihak Sub-Dealer mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja.

(iii) Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah dipulangkan 6 bulan sebelum tarikh luput yang tertera di produk tersebut. Jika Pihak Sub-Dealer memulangkan barang tersebut kurang daripada 6 bulan atau telah melebihi tarikh luput, ia tidak akan diterima. Walaupun Pihak Syarikat menerima barang tersebut, Pihak Syaikat tidak akan menggantikan dengan barang baru.

(iv) Barang yang rosak di tangan Pihak Sub-Dealer tidak boleh dikembalikan kepada Pihak Syarikat R&Z Cosmetics dan itu, adalah tanggungjawab Pihak Sub-Dealer.

(v) Pihak Sub-Dealer tidak dibenarkan menukar Barangan R&Z Cosmetics dengan item yang lain. Walaubagaimanapun bagi barangan yang rosak atau ‘reject’ semasa penghantaran dari Pihak Ibu Pejabat dan ketika sampai kepada Pihak Sub-Dealer pertukaran barang masih dibenarkan dengan syarat tukar barang yang sama.

(vi) Pihak Sub-Dealer dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan yang rosak tersebut sebagai bukti.

(vii) Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

5. Pembayaran & Pesanan Barangan:

a. Setiap Sub-Dealer dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.

b. Semua Pesanan Barangan hanya akan diproses selepas pihak Stokis/Dealer menerima bayaran.

c. Pihak Stokis/Dealer berhak untuk tidak memproses Pesanan Barangan sekiranya Sub-Dealer gagal untuk mengesahkan bukti pembayaran kepada pihak Stokis/Dealer.

d. Pihak Stokis/Dealer hanya menerima Pemindahan Wang (Transfer Kredit), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan tidak akan menerima Kemasukan Cek (Bank-in-Cheque) daripada Sub-Dealer.

6. Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran:

a. R&Z Cosmetics mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Sub-Dealer.

b. Sekiranya Pihak Syarikat menerima sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk R&Z Cosmetics, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

c. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, Pihak Syarikat berhak mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status Sub-Dealer berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga. Tindakan Undang-undang akan diambil sekiranya Sub-Dealer tidak menjual dengan harga pasaran yang telah ditetapkan.

7. Perlantikan Ahli:

a. Setiap Sub-Dealer adalah tidak dibenarkan sama sekali melantik Ahli. Hanya Special Stokis, Stokis dan Dealer Pihak Syarikat R & Z Cosmetics sahaja yang diberi hak untuk melantik Sub-Dealer dan Ahli di bawah mereka.

b. Pihak Sub-Dealer tidak dibenarkan menjual kepada ahli/pengguna dengan memberi potongan sebanyak 10% daripada harga pasaran bagi barangan A,B,C cenderahati RNL Collection dan R&Z Food & Drink.

c. Ahli hanya berhak membeli produk dengan Special Stokis, Stokis dan Dealer sahaja. Ini kerana Special Stokis, Stokis dan Dealer akan menghantar resit belian (bukti) ahli kepada Ibu Pejabat untuk direkod berdasarkan point belian yang membolehkan mereka menukarkan dengan hadiah.

8.Had Kawasan
:
a. Setiap Sub-Dealer hanya mempunyai hak pada kawasannya sendiri sahaja yang akan ditentukan oleh Pihak Syarikat.

9. Potongan Harga:

a. Setiap Sub-Dealer berhak mendapat diskaun sehingga 25% bagi semua produk R&Z Cosmetics (A - Skin Care, B - Herba Tradisional & C – Salon Pack), 5% untuk rangkaian produk RNL Collection dan 15% untuk Seller R&Z Food & Drink.

b. Setiap Sub-Dealer akan menerima Kit Permulaan iaitu Kad Sub-Dealer, Pamplet, Katalog, Buletin dan Tester Barangan R&Z Cosmetics, serta Satu Salinan Surat Perjanjian Sub-Dealer.

c. Setiap Sub-Dealer diwajibkan membeli stok permulaan dari semua rangkaian produk R&Z Cosmetics yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM 500.00 termasuk pendaftaran Sub-Dealer.

10.Disiplin Dan Salah Laku:

a. Setiap Sub-Dealer diingatkan supaya menjual Produk Rangkaian Pihak Syarikat mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Sub-Dealer dilarang sama sekali untuk menjual produk R&Z Cosmetics melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

b. Setiap Sub-Dealer tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan seperti Set Rawatan & Set Penjagaan R&Z COSMETICS dengan produk lain.

c. Setiap Sub-Dealer diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk R&Z COSMETICS dan tidak boleh membelakangkan cara pemakaian Produk R&Z COSMETICS.

d. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak Syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Sub-Dealer.

11. Pertukaran Produk R&Z Cosmetics Dengan Produk-Produk Lain:

a. Setiap Sub-Dealer adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran (Kontra Barang) produk-produk keluaran R&Z Cosmetics dengan mana-mana Produk Kecantikan jenama lain.

b. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak Syarikat R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Sub-Dealer.

12.Pertukaran Polisi, Syarat Dan Peraturan Syarikat

a. Pihak Syarikat berhak mengubah, meminda dan menukar apa-apa Polisi, Syarat dan Peraturan Syarikat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

b. Semua perubahan & pertukaran polisi ini akan sentiasa dimaklumkan kepada Sub-Dealer secara bertulis atau telefon.

13. Perlucutan Sub Dealer

a. Sekiranya berlaku perlucutan status Sub-Dealer, Pihak Syarikat R&Z Cosmetics akan membeli balik semua Produk R&Z Cosmetics di premis perniagaan Pihak Sub-Dealer termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics dengan nilai yang akan ditentukan oleh Pihak Syarikat.

b. Selain dari itu, jika Pihak Sub-Dealer ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Pihak Syarikat R&Z Cosmetics juga sedia membeli balik semua produk R&Z Cosmetics termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics mengikut nilai yang akan ditentukan oleh Pihak Syarikat.

c. Pihak Sub-Dealer tidak akan mempunyai sebarang tuntutan terhadap R&Z Cosmetics untuk kerugian perlucutan tersebut dan juga kerugian lain.



TERIMA KASIH KERANA MEMILIH R&Z COSMETICS!~





ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI DEALER ?



1. Syarat Dan Peraturan

a. Sila pastikan anda menulis segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak betul, Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics berhak menolak permohonan anda untuk menjadi Dealer tanpa sebarang alasan.

b. Setiap Dealer akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 50.00 dan diwajibkan membeli rangkaian produk R&Z Cosmetics iaitu Skin Care, RNL Collection dan R&Z Food & Drink yang itemnya telah ditetapkan oleh Pihak R&Z Cosmetics. Setiap pembelian adalah tunai dan Resit Pembelian perlu dihantar ke Ibu Pejabat R&Z Cosmetics sebagai bukti pembelian untuk mengesahkan perlantikan.

c. Dealer juga di wajibkan menyediakan dua (2) gambar berukuran pasport untuk permohonan Kad Dealer.

d. Pasangan suami isteri boleh bergabung untuk menjadi Dealer tetapi Kad Dealer hanya boleh dibuat oleh penama sahaja.

e. Hak Pengedar tidak boleh ditukar milik tanpa pengesahan daripada R&Z COSMETICS. Contoh : Sekiranya anda ingin menutup premis perniagaan anda dan menjual premis tersebut kepada kepada orang lain, secara automatik hak dan status anda sebagai pengedar Wakil Jualan R&Z Cosmetics juga akan terbatal dan tidak boleh dijual kepada orang yang membeli premis. Polisi Syarikat

a. Pemulangan Barangan

i. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

ii. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan yang rosak tersebut sebagai bukti.

iii. Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

b. Pertukaran Barangan

i. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

ii. Barangan berbentuk Set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set atau telah digunakan tidak boleh ditukar. Sekiranya Pihak Dealer mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, Pihak Dealer mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja.

iii. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian.

iv. Jumlah nilai barangan pertukaran haruslah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.

v. Kredit anda akan dinyatakan di dalam Invoice seterusnya.

vi. Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah di pulangkan 6 bulan sebelum tarikh luput yang tertera di produk tersebut. Jika pihak Dealer memulangkan barang tersebut kurang daripada 6 bulan atau telah melebihi tarikh luput, ia tidak akan diterima. Walaupun pihak kami menerima barang tersebut, kami tidak akan menggantikan dengan barang baru.

vii. Barang yang yang rosak di tangan Pihak Dealer tidak boleh di kembalikan kepada Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics dan itu, adalah tanggungjawab Pihak Dealer.

viii. Pihak Dealer tidak dibenarkan menukar Barangan R&Z Cosmetics dengan item yang lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak atau ‘reject’ semasa penghantaran dari Pihak Ibu Pejabat dan ketika sampai pada Pihak Dealer masih dibenarkan dengan syarat tukar barang yang sama..

3. Pembayaran & Pesanan Barangan

a. Setiap Dealer diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.

b. Semua Pesanan Barangan hanya akan diproses selepas pihak syarikat menerima bayaran.

c. Pembayaran boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank seperti berikut:

i. BANK ISLAM (RUSELI BIN AHMAD) – ACC # : 02-057-02-010853-7
ii. MAYBANK (RUSELI BIN AHMAD) – ACC # : 157091032032
iii. BSN (RUSELI BIN AHMAD) – ACC # : 0710029894285843
iv. RHB BANK (R&Z SDN.BHD) – ACC # : 2-52037-0000765-5


d. Semua pengesahan pembayaran hendaklah melalui Sistem Faksimili (Fax) di talian 04-4914988, sila nyatakan dengan lengkap Nama, Jumlah Pembayaran dan Akaun Bank yang berkenaan.

e. Pihak Syarikat berhak untuk tidak memproses Pesanan Barangan sekiranya Dealer gagal untuk mengesahkan bukti pembayaran kepada pihak syarikat.

f. Pihak Syarikat hanya menerima Pemindahan Wang (Transfer Kredit), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan tidak akan menerima Kemasukan Cek (Bank-in Check) daripada Dealer.

4. Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran

a. R&Z Cosmetics mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Dealer.

b. Sekiranya pihak syarikat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk R&Z Cosmetics, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

c. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status dealer berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga.

5. Had Kawasan

a. Setiap Dealer hanya mempunyai hak pada kawasannya sendiri sahaja.

b. Setiap Dealer tidak dibenarkan melanggar atau menceroboh kawasan Dealer lain dengan merujuk dengan Pihak R&Z Cosmetics terlebih dahulu, ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pertindihan kawasan. Sekiranya perkara-perkara diatas didapati berlaku, Pihak R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status Dealer tersebut.

6. Potongan Harga

a. Setiap Dealer berhak mendapat diskaun sehingga 40% bagi semua produk R&Z Cosmetics (Skin Care), 10% adalah daripada RNL Collection dan 25% untuk R&Z Food & Drink.

b. Setiap Dealer akan menerima Kit Permulaan iaitu Kad Dealer, Pamplet, Katalog, Buletin dan Tester Barangan R&Z Cosmetics, serta Satu Salinan Surat Perjanjian Dealer.

c. Pihak Dealer hanya boleh melantik ahli dan memberi potongan sebanyak 10% daripada harga pasaran bagi barangan A, B dan C. 5% pula bagi barangan D, E dan lain-lain cenderahati jika Ahli tersebut mendaftar sebagai RNL Gold Card. Jika Ahli yang melantikan tidak mendaftar sebagai RNL Gold Card, beliau tidak layak mendapat potongan 5%.

7. Disiplin Dan Salah Laku

a. Setiap Dealer adalah diingatkan supaya menjual Produk R&Z Cosmetics mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Dealer adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk R&Z Cosmetics melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

b. Setiap Dealer tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan seperti Set Rawatan & Set Penjagaan R&Z COSMETICS dengan produk lain.

c. Setiap Dealer diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk R&Z COSMETICS dan tidak boleh membelakangkan cara pemakaian Produk R&Z COSMETICS.

d. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak R&Z COSMETICS berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan daripada menjadi Dealer.


8. Pertukaran Produk R&Z Cosmetics Dengan Produk-Produk Lain

a. Setiap Dealer adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran Produk-produk Keluaran R&Z Cosmetics dengan mana-mana Produk Kecantikan dan / atau Bukan Produk Kecantikan lain.

b. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan daripada menjadi Dealer.

9. Penilaian Prestasi

a. Setiap 3 bulan berturut-turut, pihak R&Z COSMETICS akan menilai prestasi jualan Dealer.

b. Sekiranya prestasi jualan Dealer juga tidak aktif atau tidak memuaskan sedangkan permintaan pelanggan adalah tinggi di kawasan tersebut, pihak R&Z COSMETICS berhak menurunkan status Dealer kepada Ahli dan melantik Dealer yang baru tanpa merujuk kepada Dealer yang sedia ada.

10. Rekod Jualan Melalui Resit Pembelian

a. Pihak Dealer perlu memastikan Wakil Jualan (Special Stokis atau Stokis) yang melantik Pihak Dealer menggunakan Resit Pembelian yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat semasa merekod pembelian Pihak Dealer.

b. Pihak Dealer perlu memastikan Pihak dealer mendapat satu salinan resit tersebut dan Pihak Wakil Jualan yang melantik anda menghantar satu lagi salinan resit tersebut kepada Pihak Ibu Pejabat kerana melalui Resit Pembelian tersebut maka Pihak Ibu Pejabat dapat memastikan yang Pihak Dealer masih aktif.

11. Perlancaran Produk Baru dan Pakej Permulaan Mengikut Musim

a. Dealer dinasihatkan agar peka dengan sebarang Perlancaran Produk Baru oleh R&Z COSMETICS.

b. Dealer diharapkan dapat memperkenalkan dan memasarkan produk-produk baru ini di pasaran dengan mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat daripada Ibu Pejabat R&Z Cosmetics terlebih dahulu.

c. Dealer wajib membuat pengambilan Pakej Pemulaan yang akan dikeluarkan oleh Pihak Ibu Pejabat setelah Notis Persediaan diedarkan kepada Dealer. Tempoh pengambilan Pakej Permulaan tersebut adalah dalam tempoh 2 minggu bermula tarikh pelancaran.

d. Sekiranya didapati Dealer tidak mengambil pakej permulaan tersebut dalam masa yang ditetapkan, Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas berserta menurunkan status Dealer ke Sub Dealer.

12. Seminar, Bengkel dan Kursus

a. Setiap Dealer diwajibkan mengikuti Kursus Asas Pengetahuan Produk & Kursus Perawatan Salon dan menandatangani perjanjian di Ibu Pejabat R&Z Cosmetics di Kulim, Kedah sebelum menjadi Wakil Jualan R&Z Cosmetics.

b. Jika gagal memenuhi syarat (a) di atas, Pihak R&Z Cosmetics tidak akan mengiktiraf Wakil Jualan tersebut dan Pihak R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas Wakil Jualan.

c. Kursus ini hanya diberi atas penama Dealer sahaja dengan bayaran sebanyak RM 50.00.

d. Sekiranya ingin menghantar wakil atau pembantu, bayaran sebanyak RM 50.00 seorang akan dikenakan.

e. Sijil akan diberi setelah tamat kursus atau setelah dinilai dari segi pencapaian.

f. Dealer disyorkan membeli Salon Pack sebelum mengikuti kursus. Semua peralatan dan barangan salon boleh didapati di R&Z Cosmetics.

g. Sekiranya Dealer ingin mengadakan sebarang bengkel kecantikan atau promosi, pihak pengurusan sedia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan.

h. Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh bengkel atau seminar diadakan.

i. Dealer diwajibkan membeli poster atau banner, beg kertas dan beg plastik R&Z COSMETICS untuk tujuan promosi.

13. Pertukaran Polisi, Syarat Dan Peraturan Syarikat

a. Pihak Pengurusan berhak mengubah, meminda dan menukar segala Polisi, Syarat dan Peraturan Syarikat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

b. Semua perubahan & pertukaran polisi ini akan sentiasa di maklumkan kepada Dealer secara bertulis atau telefon.

14. Insentif

a. R&Z Cosmetics akan menilai prestasi jualan Dealer dan akan menawarkan Insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar negara.

b. Insentif ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat.

c. Pihak Syarikat berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.

15. Perlucutan Dealer


a. Sekiranya berlaku perlucutan status Dealer, Pihak Ibu Pejabat R&Z Cosmetics TIDAK akan membeli balik semua Produk R&Z Cosmetics di premis perniagaan Pihak Dealer termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics.

b. Selain dari itu, jika Pihak Dealer ingin menamatkan atau menutup perniaagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Pihak R&Z Cosmetics juga TIDAK akan membeli balik semua produk R&Z Cosmetics termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics.

16. Pengakuan Dealer

Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi syarikat yang termaktub didalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh R&Z COSMETICS dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, R&Z COSMETICS berhak mengambil sebarang tindakan dan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan taraf Dealer saya.

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah