Showing posts with label Resepi Berkhasiat. Show all posts
Showing posts with label Resepi Berkhasiat. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

MENU BERKHASIAT~

Hot Sapphire Cafe menawarkan menu hidangan yang sihat,menyelerakan dan berkhasiat.Dilampirkan bersama post ini menu cadangan hidangan lauk-pauk untuk diet yang berkesan!..




Tuesday, February 2, 2010

SUP KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahan:-Kepala ikan merah
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili merah (dihiris nipis)
Tomato (dipotong 4)
Tauhu (dipotong dadu kecil)
Garam dan gula.
Daun sup dan daun bawang
Sup bunjut kepala ikan

Cara-cara Memasak :-
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih .
Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai, sup bunjut, dan cili ke dalam periuk.
Masukkan tauhu dan tomato.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan kepala ikan merah tersebut.
Setelah 15minit, matikan api dan masukkan daun bawang dan daun sup.
Masakan telah sedia untuk dihidang.

Boleh dijadikan menu untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 30minit
P/S: Boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

MASAK PINDANG IKAN

Bahan-bahan:-
Ikan selar kuning
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili merah (dihiris nipis)
Cili padi ( diketuk)
Garam dan gula.
Asam Keping
Sedikit kunyit

Cara-cara Memasak :-
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih .
Kemudian masukkan kesemua bahan yang dihiris dan diketuk..
Lebih kurang 5minit selepas itu masukkan ikan.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih masakan sudah boleh diangkat dan dihidangkan.

Boleh dijadikan menu untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 30minit
P/S: Boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

Tuesday, January 19, 2010

SAYUR CAMPUR.


Bahan-bahan:-

Tauhu (dipotong dadu atau diganti dengan udang)
Bunga kobis
Kobis
Lobak merah
Putik jagung
Cendawan tiram
Bawang putih
Bawang merah.
Brokoli

Cara-cara Memasak:-
Jika menggunakan udang, buang kulit dan bahagian belakang udang yang berwarna hitam tersebut.
Panaskan periuk dengan sedikit air sehingga mendidih.
Masukkan bawang putih, bawang merah serta garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan semua sayur tersebut dan biarkan selama 5minit dengan api sederhana sehingga sayur-sayur tersebut empuk dan matikan api.
Kemudian ia sedia dihidangkan.



Boleh dimasakkan untuk makan tengah hari atau malam.
Tempoh memasak : 25minit
P/S : Boleh memasukkan sebarang sayur yang disukai. Elakkan menggunakan MSG.

IKAN BAKAR & AIR ASAM

Bahan-bahan:-
Ikan (sebarang jenis ikan)
Alluminium Foil
Daun pisang atau Daun Kunyit
Serai (diketuk)
Bahan kisar

Cili merah
Bawang putih dan bawang merah
Belacan
Kunyit hidup @ serbuk
Garam dan gula

Cara-cara Memasak:-
Panaskan semua bahan yang telah dikisarkan itu tanpa minyak sehingga mendidih dan angkat.
Letakkan daun pisang atau daun kunyit ke atas foil tersebut. Sekiranya tiada , boleh juga menggunakan foil tersebut sahaja.
Letakkan ikan di atas foil dan lumur ikan bersama bahan kisar.
Letakkan serai yang telah diketuk sebanyak 2 atau 3 batang ke atas ikan tersebut bagi menaikkan aromanya.
Kemudian bungkus ikan tersebut mengikut citarasa anda.
Panaskan kuali dan masukkan ikan yang telah dibungkus itu dan tutup kuali tersebut.
Setelah 5minit, balikkan ikan tersebut dan tutup kuali tersebut.
Masakan telah siap dan boleh dihidangkan.


AIR ASAM


Bahan-bahan:-

Bahan kisar
Cili Padi
Cili merah
Belacan
Garam dan gula
Bawang besar (dipotong bulat atau nipis)
Air asam jawa atau asam limau
Tomato (dipotong dadu)


Cara-cara Memasak:-

Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.
Setelah siap, ia sedia untuk dihidangkan.


Boleh dimasakkan untuk makan tengah hari atau malam.
Tempoh memasak : 40minit
P/S : dicadangkan untuk dimakan semasa panas.
Bahan kisar tersebut dipanaskan agar bahan itu boleh disimpan supaya boleh digunakan bila-bila masa. Elakkan menggunakan MSG dan kerisik.

IKAN SIAKAP STIM

Bahan-bahan:-
Ikan siakap

Bahan kuah
Jeruk plum
Bawang putih (diketuk)
Bawang besar (dipotong bulat)
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili merah (dihiris nipis)
Cili padi ( diketuk)
Garam dan gula.
Daun sup dan daun bawang
Tomato (dipotong dadu)


Cara-cara Memasak :-
Cuci ikan tersebut dengan menggunakan asam dan garam supaya bau ikan itu hilang, dan rendamkan selama 15 minit.
Kelar isi ikan agar rasa kuahnya dapat meresapmke isi ikan.
Sementara itu bancuhkan air di dalam periuk, masukkan plum yang telah di pecahkan serta bahan-bahan lain.
Gaul kesemua bahan tersebut dan masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah itu masukkan ikan ke dalam tray kukus dan kukus ikan tersebut sehingga separuh masak.
Kemudian masukkan bahan kuah dan tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Letakkan ikan tersebut ke pinggan untuk dihidangkan dan taburkan daun sup, daun bawang, serta tomato yang telah dipotong dadu.



Boleh dimasak untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 30minit
P/S: Boleh menggunakan jenis sayur yang disukai serta boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:-
Ikan Kembung
Cili merah
Bawang putih
Bawang merah Dikisar
Belacan
Serai Diketuk
Halia
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Timun
Kacang bendi
Tomato
Bawang Besar (dipotong bulat)
Garam dan gula.

Cara-cara Memasak:-

Kisar bahan yang perlu dikisar bersama gula dan garam, mengikut cita rasa sendiri.
Jerang atau panaskan air di dalam sebuah periuk, dan masukkan asam keping serta bahan-bahan yang telah dikisar, didihkan.
Kemudian rasa masakan tersebut samaada cukup manis, masin dan masam.
Masukkan timun dan kacang bendi.
Kemudian masukkan ikan, dan tunggu sehingga ikan tersebut masak.
Akhir sekali masukkan tomato, dan selepas satu minit atau kurang padamkan api.
Masakan telah siap untuk dihidangkan.

Boleh dimasak untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 20minit
P/S: Boleh menggunakan jenis ikan yang disukai serta boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

TOMYAM SAYUR


Bahan-bahan:-


Bunga kobis
Putik jagung
Kobis
Lobak Merah
Tomato
Bawang besar (dipotong bulat)
Serai (diketuk)
Bawang putih (diketuk)
Asam keping
Cili padi (dipatah-patahkan)
Daun limau purut (dikoyak-koyak)
Kiub Tomyam (tak kisah jenis apa pun)
Garam dan gula

Cara-cara Memasak:-

Jerang atau panaskan air sehingga mendidih.
Masukkan asam keping, kiub tomyam, serai.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah itu masukkan kesemua sayur tersebut dan biarkan selama satu minit atau sehingga lobak merah lembut.
Padamkan api dah masakan sudah sedia dihidang.

Boleh dimasak untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 25minit
P/S: Boleh menggunakan jenis sayur yang disukai serta boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

Wednesday, December 30, 2009

CADANGAN JADUAL MINUMAN SUPER MAXX-5

JADUAL HIDANGAN MINUMAN SUPER MAXX – 5
YANG BERKESAN…

 UNTUK BERAT BADAN 85 KG KE BAWAH :

- SEHARI 2 BUNGKUS. MINUM 1 JAM SEBELUM MAKAN.
PAGI =1 SACHET
PETANG SEBELUM PUKUL 7.00MLM =1 SACHET

 UNTUK BERAT BADAN 85 KG KE ATAS :

- SEHARI 3 BUNGKUS. MINUM 1 JAM SEBELUM MAKAN.
PAGI =1 SACHET
TENGAH HARI =1 SACHET
PETANG SEBELUM PUKUL 7.00MLM =1 SACHET

CADANGAN HIDANGAN MAKANAN SEHARIAN

Bagi Lelaki memerlukan 2000 Kalori manakala Wanita merlukan 1800 Kalori sehari. Jenis makanan yang disyorkan seperti Makanan yang direbus, dipanggang dan dikukus.
CONTOH HIDANGAN YANG DISYORKAN

 PAGI :• Sandwich dengan Ikan Tuna @ 2 Keping Roti Putih
• Minuman Teh’O @ Air Suam.

 TENGAH HARI:
• Nasi Putih (1½ cawan)
• Ikan kembung (Seekor) direbus + Serai + Halia + Bawang (Tanpa Minyak)
• Buah – buahan (setiap satu potong) seperti Tembikai, Orange, Betik, Epal dan sebagainya.
• Sayur – Sayuran rebus tanpa minyak seperti Sawi, Kobis, Kangkong dan sebagainya.
• Minum Air kosong.
• Ulam – Ulam.

 PETANG @ MALAM :• Nasi Putih 1½ Cawan.
• Ikan Masak Pedas tanpa minyak
• Sayur – Sayuran yang di rebus
• Buah – Buahan
• Minuman Air Kosong.


KALORI MAKANAN


Mengambil Terlalu Banyak Kalori
Apa salahnya?


 Anda akan menjadi gemuk dengan memakan makanan yang banyak kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudahterdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Apakah dia kalori?


 Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.
Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.



***Jika mengamalkan Minuman Super Maxx - 5 memadai 1000 kalori sehari…
Pilihlah makanan yang kurang kalori menggantikan makanan yang berkalori tinggi, seperti :-
 Semangkuk meehon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng”
(350 kalori) (600 kalori)
 Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan,
(60 kalori) (150 kalori)
 Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca,
(60 kalori) (300 kalori)

Jumlah : 470 kalori 1050 kalori

SAJIAN SEGERA
Pilih yang berkalori rendah : dari makanan segera yang berkalori tinggi.

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah