Thursday, August 27, 2009

Anda berminat untuk menjadi Stokis?


ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI STOKIS??


1. Syarat Dan Peraturan

a. Sila baca dan fahami isi kandungan Perjanjian Stokis ini dengan teliti.

b. Ketika mengisi borang pemohonan sila pastikan anda menulis segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak betul, Pihak Pengurusan berhak menolak permohonan anda untuk menjadi Stokis tanpa sebarang alasan.

c. Setiap Stokis akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 50.00 dan diwajibkan membeli rangkaian produk R&Z Cosmetics sebanyak RM 6,000.00 yang terdiri daripada Skin Care, RNL Collection dan R&Z Food & Drink yang itemnya telah ditetapkan oleh Pihak R&Z Cosmetics. Setiap pembelian adalah tunai dan Resit Pembelian perlu dihantar ke Ibu Pejabat R&Z Cosmetics sebagai bukti pembelian untuk mengesahkan perlantikan.

d. Stokis juga di wajibkan menyediakan 2 gambar berukuran pasport untuk permohonan Kad Stokis.

e. Setiap pembelian adalah tunai dan Resit Pembelian perlu dihantar ke Ibu Pejabat R&Z Cosmetics sebagai bukti pembelian untuk mengesahkan perlantikan.

f. Pasangan suami isteri boleh bergabung untuk menjadi Stokis tetapi Kad Stokis hanya boleh dibuat oleh penama sahaja.

g. Hak Pengedar tidak boleh ditukar milik tanpa pengesahan daripada R&Z COSMETICS. Contoh : Sekiranya anda ingin menutup premis perniagaan anda dan menjual premis tersebut kepada kepada orang lain, secara automatik hak dan status anda sebagai pengedar Wakil Jualan R&Z Cosmetics juga akan terbatal dan tidak boleh dijual kepada orang yang membeli premis Polisi Syarikat.


2. Pemulangan Barangan

a. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

b. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan yang rosak tersebut sebagai bukti.

c. Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.


3. Pertukaran Barangan

a.Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.

b.Barangan berbentuk Set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set tidak boleh ditukar. Sekiranya Pihak Stokis mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, Pihak Stokis mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja.

c. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian.

d.Jumlah nilai barangan pertukaran haruslah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.

e.Kredit anda akan dinyatakan di dalam Invoice seterusnya.

f.Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah di pulangkan 6 bulan sebelum tarikh luput yang tertera di produk tersebut. Jika pihak Stokis memulangkan barang tersebut kurang daripada 6 bulan atau telah melebihi tarikh luput, ia tidak akan diterima. Walaupun pihak kami menerima barang tersebut, kami tidak akan menggantikan dengan barang baru.

g.Barang yang yang rosak di tangan pihak Stokis tidak boleh di kembalikan kepada Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics dan itu, adalah tanggungjawab pihak wakil Jualan..

h.Barang-barang keluaran terdahulu dan lama (pek lama) tidak akan di terima oleh Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics dan ia merupakan tanggungjawab pihak Stokis untuk menghabiskan stok tersebut.

i.Pihak Stokis tidak dibenarkan menukar Barangan R&Z Cosmetics dengan item yang lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak atau ‘reject’ semasa penghantaran dari Pihak Ibu Pejabat dan ketika sampai pada Wakil Jualan masih dibenarkan dengan syarat tukar dengan barang yang sama.

4. Pembayaran & Pesanan Barangan

a. Setiap Stokis diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.

b. Semua Pesanan Barangan hanya akan diproses selepas pihak syarikat menerima bayaran.

c. Pembayaran Boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank seperti berikut:

i. BANK ISLAM (RUSELI BIN AHMAD) - ACC # : 02-057-02-010853-7
ii. MAYBANK (RUSELI BIN AHMAD) - ACC # : 157091032032
iii. BSN (RUSELI BIN AHMAD) - ACC # : 0710029894285843
iv. RHB BANK (R&Z COSMETICS SDN.BHD) - ACC # :25203700007655
v. CIMB BANK (RUSELI BIN AHMAD) – ACC # : 02080065221520


d. Semua pengesahan pembayaran hendaklah melalui Sistem Faksimili (Fax) di talian 04-4914988, sila nyatakan dengan lengkap Nama, Jumlah Pembayaran dan Akaun Bank yang berkenaan.

e. Pihak Syarikat berhak untuk tidak memproses Pesanan Barangan sekiranya Stokis gagal untuk mengesahkan bukti pembayaran kepada pihak syarikat.

f. Pihak Syarikat hanya menerima Pemindahan Wang (Transfer Kredit), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan TIDAK akan menerima Kemasukan Cek (Bank-In Cheque) daripada Stokis.


5. Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran

a. R&Z Cosmetics mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Stokis.

b. Sekiranya pihak syarikat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk R&Z Cosmetics, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

c. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Stokis berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga Syarikat.



6. Perlantikan Dealer / Outlet

a. Setiap Stokis mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Ibu Pejabat R&Z Cosmetics sebelum melantik Dealer / Outlet masing-masing.

b. Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics akan memantau dan mengenalpasti kawasan tersebut sebelum meluluskan permohonan bagi mengelakkan pertindihan sesebuah kawasan.

c. Stokis tidak diberi hak untuk melantik Dealer / Outlet tanpa kebenaran Ibu Pejabat R&Z Cosmetics terlebih dahulu.

d. Pastikan Dealer yang hendak dilantik menghadiri Kursus dan menyerahkan Resit Pembelian Dealer kepada Ibu Pejabat sebagai bukti pembelian sekiranya pembelian dibuat di bawah Stokis.




7. Had Kawasan

a. Setiap Stokis hanya mempunyai hak pada kawasannya sendiri sahaja.]

b. Setiap Stokis tidak dibenarkan melanggar atau menceroboh kawasan Stokis lain dengan merujuk kepada Syarat Perjanjian Stokis No. 5 (a) Perlantikan Dealer / Outlet.

c. Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, Pihak R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status Stokis tersebut.


8. Potongan Harga

a. Setiap Stokis layak mendapat diskaun 45% daripada harga pasaran bagi Barangan (A&C) iaitu Produk Kosmetik dan 50% bagi Barangan B iaitu Produk Tradisional. Pihak Stokis mendapat potongan 15% bagi barangan RNL Ddan 35 % iaitu Produk Food & Drink.

b. Setiap Stokis akan menerima Kit Permulaan iaitu Kad Stokis, Pamplet, Katalog, Buletin dan Tester Barangan serta satu salinan Surat Perjanjian Stokis.


9. Disiplin Dan Salah Laku

a. Setiap Stokis adalah diingatkan supaya menjual Produk R&Z Cosmetics mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Stokis adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk R&Z Cosmetics samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

b. Setiap Stokis tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan R&Z COSMETICS dengan jenama lain.

c. Setiap Stokis diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk R&Z COSMETICS dan tidak boleh membelakangkan cara pemakaian Produk R&Z COSMETICS.

d. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status Stokis tersebut.


10. Pertukaran Produk R&Z Cosmetics Dengan Produk-Produk Lain

a. Setiap Stokis adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran Produk-produk Keluaran R&Z Cosmetics dengan mana-mana Produk Kecantikan dan / atau Bukan Produk Kecantikan lain.

b. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan daripada menjadi Stokis.


11. Penilaian Prestasi

a. Setiap 3 bulan berturut-turut, pihak R&Z COSMETICS akan menilai prestasi jualan Stokis.

b. Sekiranya prestasi jualan Stokis tidak aktif atau tidak memuaskan sedangkan permintaan pelanggan adalah
tinggi di kawasaan tersebut, pihak R&Z COSMETICS berhak melantik Stokis yang baru tanpa merujuk kepada Stokis yang sedia ada.

c. Stokis mestilah mempunyai kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai Dealer sekaligus dapat meningkatkan prestasi jualan.

d. Sekiranya Prestasi Jualan Stokis tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh Pihak R&Z Cosmetics, Pihak R&Z Cosmetics akan menurunkan status Stokis kepada Dealer.


12. Rekod Jualan Pelanggan

a. Setiap Stokis dikehendaki menghantar rekod jualan Dealernya kepada R&Z Cosmetics setiap bulan dengan menggunakan Resit Pembelian Wakil Jualan R&Z Cosmetics.



13. Insentif


a. R&Z Cosmetics akan menilai prestasi jualan Stokis dan akan menawarkan Insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar negara.

b. Insentif ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat.

c. Pihak Syarikat berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.



14. Perlancaran Produk Baru dan Pakej Permulaan Mengikut Musim


a. Stokis dinasihatkan agar peka dengan sebarang Perlancaran Produk Baru oleh R&Z COSMETICS.

b. Stokis diharapkan dapat memperkenalkan dan memasarkan produk-produk baru ini di pasaran dengan mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat daripada Ibu Pejabat R&Z Cosmetics terlebih dahulu.

c. Stokis wajib membuat pengambilan Pakej Pemulaan yang akan dikeluarkan oleh Pihak Ibu Pejabat setelah Notis Persediaan diedarkan kepada Stokis. Tempoh pengambilan Pakej Permulaan tersebut adalah dalam tempoh 2 minggu bermula tarikh pelancaran.


15. Seminar, Bengkel dan Kursus

a. Setiap Stokis diwajibkan mengikuti Kursus Asas Pengetahuan Produk & Kursus Perawatan Salon dan menandatangani perjanjian di Ibu Pejabat R&Z Cosmetics di Kulim, Kedah sebelum menjadi Wakil Jualan R&Z Cosmetics.

b. Jika gagal memenuhi syarat (a) di atas, Pihak R&Z Cosmetics tidak akan mengiktiraf Wakil Jualan tersebut dan Pihak R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas Wakil Jualan.

c. Kursus ini hanya diberi atas penama Stokis sahaja dengan bayaran sebanyak RM 50.00.

d. Sekiranya ingin menghantar wakil atau pembantu, bayaran sebanyak RM 50.00 seorang akan dikenakan.

e. Sijil akan diberi setelah tamat kursus atau setelah dinilai dari segi pencapaian.

f. Stokis disyorkan membeli Salon Pack sebelum mengikuti kursus. Semua peralatan dan barangan salon boleh didapati di R&Z Cosmetics.

g. Sekiranya Stokis ingin mengadakan sebarang bengkel kecantikan atau promosi, pihak pengurusan sedia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan.

h. Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh bengkel atau seminar diadakan.

i. Stokis diwajibkan membeli poster atau banner, beg kertas dan beg plastik R&Z Cosmetics untuk tujuan promosi.

16. Pertukaran Polisi, Syarat Dan Peraturan Syarikat

a. Pihak Pengurusan berhak mengubah, meminda dan menukar segala Polisi, Syarat dan Peraturan Syarikat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

b. Semua perubahan & pertukaran polisi ini akan sentiasa di maklumkan kepada Stokis melalui bertulis atau telefon.

17. Membekal kepada Wakil Jualan Yang Tidak Sah

a. Pihak Stokis adalah dilarang sama sekali untuk membekalkan Produk R&Z Cosmetics kepada mana-mana wakil jualan yang tidak bertauliah atau tidak sah tanpa merujuk kepada Pihak Pengurusan R&Z Cosmetics terlebih dahulu.

b. Jika Pihak Stokis enggan mematuhi peraturan tersebut, Pihak R&Z Cosmetics tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang akan timbul kepada pihak Stokis.

c. Pihak R&Z Cosmetics tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status Stokis jika perkara ini berlarutan.



18. Perlucutan Stokis

a. Sekiranya berlaku perlucutan status Stokis, Pihak Ibu Pejabat R&Z Cosmetics TIDAK akan membeli balik semua Produk R&Z Cosmetics di premis perniagaan Pihak Stokis termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics.

b. Selain dari itu, jika Pihak Stokis ingin menamatkan atau menutup perniaagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Pihak R&Z Cosmetics juga TIDAK akan membeli balik semua produk R&Z Cosmetics termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics.

19. Pengakuan Stokis

Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi syarikat yang termaktub didalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh R&Z Cosmetics dan sekiranya saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, R&Z Cosmetics berhak mengambil sebarang tindakan dan undang-undang yang dirasakan perlu serta melucutkan taraf Stokis saya.


0 comments:

Post a Comment

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah