Thursday, August 27, 2009

MENDAFTARLAH SEKARANG!~





ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SUB-DEALER?



1.Perlantikan Sub-Dealer:

a. Pihak Syarikat dengan ini melantik Sub-Dealer sebagai pengedar kepada produk dan barangan Pihak Syarikat dengan jenama ‘R&Z Cosmetics’ di dalam kawasan yang tertentu yang akan ditentukan oleh pihak Syarikat dan pihak Sub-Dealer bersetuju untuk menerima perlantikan tersebut dengan mengikut syarat-syarat yang tertera di bawah.

b. Pihak Syarikat.akan memberi secara percuma iaitu Poster Produk untuk tujuan promosi.

2.Peraturan Pendaftaran:


a. Sub-Dealer perlu menulis segala butiran yang diperlukan dengan jelas dan betul. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak betul, Pihak Syarikat berhak menolak permohonan anda untuk menjadi Sub-Dealer tanpa sebarang alasan.

b. Setiap Sub-Dealer akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM40-00 dan diwajibkan membeli stok permulaan produk R&Z Cosmetics, RNL Collection and R&Z Food & Drink yang itemnya dan harga telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat R&Z Cosmetics.

c. Hak Pengedar Sub-Dealer tidak boleh ditukar milik atau serah hak tanpa pengesahan dan persetujuan bertulis daripada Pihak Syarikat.
Contoh : Sekiranya anda ingin menutup premis perniagaan anda dan menjual premis tersebut kepada orang lain, secara automatik hak dan status anda sebagai Wakil Jualan R&Z Cosmetics juga akan terbatal dan tidak boleh dijual kepada orang yang membeli premis.

3. Pembelian Barangan:

a. Setiap pembelian adalah secara tunai dan Resit Pembelian perlu dihantar ke Ibu Pejabat Pihak Syarikat R&Z Cosmetics sebagai bukti pembelian untuk mengesahkan perlantikan.

b. Pihak Syarikat akan cuba memastikan setiap pesanan belian adalah dilayan dengan secepat mungkin dan pembekalan produk dan barangan akan diberikan kepada Sub-Dealer dengan secepat mungkin . Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya produk dan barangan yang dipesan tiada stok atau kehabisan stok.

4.Polisi Syarikat:

a. Pertukaran Barangan

(i) Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak (untuk produk yang sama) sahaja dan sekiranya ditukar dalam tempoh 1 bulan.

(ii) Barangan berbentuk Set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set atau telah digunakan tidak boleh ditukar. Sekiranya Pihak Sub-Dealer mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, Pihak Sub-Dealer mestilah mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak sahaja.

(iii) Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah dipulangkan 6 bulan sebelum tarikh luput yang tertera di produk tersebut. Jika Pihak Sub-Dealer memulangkan barang tersebut kurang daripada 6 bulan atau telah melebihi tarikh luput, ia tidak akan diterima. Walaupun Pihak Syarikat menerima barang tersebut, Pihak Syaikat tidak akan menggantikan dengan barang baru.

(iv) Barang yang rosak di tangan Pihak Sub-Dealer tidak boleh dikembalikan kepada Pihak Syarikat R&Z Cosmetics dan itu, adalah tanggungjawab Pihak Sub-Dealer.

(v) Pihak Sub-Dealer tidak dibenarkan menukar Barangan R&Z Cosmetics dengan item yang lain. Walaubagaimanapun bagi barangan yang rosak atau ‘reject’ semasa penghantaran dari Pihak Ibu Pejabat dan ketika sampai kepada Pihak Sub-Dealer pertukaran barang masih dibenarkan dengan syarat tukar barang yang sama.

(vi) Pihak Sub-Dealer dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan yang rosak tersebut sebagai bukti.

(vii) Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

5. Pembayaran & Pesanan Barangan:

a. Setiap Sub-Dealer dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.

b. Semua Pesanan Barangan hanya akan diproses selepas pihak Stokis/Dealer menerima bayaran.

c. Pihak Stokis/Dealer berhak untuk tidak memproses Pesanan Barangan sekiranya Sub-Dealer gagal untuk mengesahkan bukti pembayaran kepada pihak Stokis/Dealer.

d. Pihak Stokis/Dealer hanya menerima Pemindahan Wang (Transfer Kredit), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan tidak akan menerima Kemasukan Cek (Bank-in-Cheque) daripada Sub-Dealer.

6. Pemasaran & Pengawalan Harga Pasaran:

a. R&Z Cosmetics mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Sub-Dealer.

b. Sekiranya Pihak Syarikat menerima sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk R&Z Cosmetics, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

c. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, Pihak Syarikat berhak mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status Sub-Dealer berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga. Tindakan Undang-undang akan diambil sekiranya Sub-Dealer tidak menjual dengan harga pasaran yang telah ditetapkan.

7. Perlantikan Ahli:

a. Setiap Sub-Dealer adalah tidak dibenarkan sama sekali melantik Ahli. Hanya Special Stokis, Stokis dan Dealer Pihak Syarikat R & Z Cosmetics sahaja yang diberi hak untuk melantik Sub-Dealer dan Ahli di bawah mereka.

b. Pihak Sub-Dealer tidak dibenarkan menjual kepada ahli/pengguna dengan memberi potongan sebanyak 10% daripada harga pasaran bagi barangan A,B,C cenderahati RNL Collection dan R&Z Food & Drink.

c. Ahli hanya berhak membeli produk dengan Special Stokis, Stokis dan Dealer sahaja. Ini kerana Special Stokis, Stokis dan Dealer akan menghantar resit belian (bukti) ahli kepada Ibu Pejabat untuk direkod berdasarkan point belian yang membolehkan mereka menukarkan dengan hadiah.

8.Had Kawasan
:
a. Setiap Sub-Dealer hanya mempunyai hak pada kawasannya sendiri sahaja yang akan ditentukan oleh Pihak Syarikat.

9. Potongan Harga:

a. Setiap Sub-Dealer berhak mendapat diskaun sehingga 25% bagi semua produk R&Z Cosmetics (A - Skin Care, B - Herba Tradisional & C – Salon Pack), 5% untuk rangkaian produk RNL Collection dan 15% untuk Seller R&Z Food & Drink.

b. Setiap Sub-Dealer akan menerima Kit Permulaan iaitu Kad Sub-Dealer, Pamplet, Katalog, Buletin dan Tester Barangan R&Z Cosmetics, serta Satu Salinan Surat Perjanjian Sub-Dealer.

c. Setiap Sub-Dealer diwajibkan membeli stok permulaan dari semua rangkaian produk R&Z Cosmetics yang jumlah keseluruhannya sebanyak RM 500.00 termasuk pendaftaran Sub-Dealer.

10.Disiplin Dan Salah Laku:

a. Setiap Sub-Dealer diingatkan supaya menjual Produk Rangkaian Pihak Syarikat mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Sub-Dealer dilarang sama sekali untuk menjual produk R&Z Cosmetics melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

b. Setiap Sub-Dealer tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan seperti Set Rawatan & Set Penjagaan R&Z COSMETICS dengan produk lain.

c. Setiap Sub-Dealer diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk R&Z COSMETICS dan tidak boleh membelakangkan cara pemakaian Produk R&Z COSMETICS.

d. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak Syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Sub-Dealer.

11. Pertukaran Produk R&Z Cosmetics Dengan Produk-Produk Lain:

a. Setiap Sub-Dealer adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran (Kontra Barang) produk-produk keluaran R&Z Cosmetics dengan mana-mana Produk Kecantikan jenama lain.

b. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, Pihak Syarikat R&Z Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Sub-Dealer.

12.Pertukaran Polisi, Syarat Dan Peraturan Syarikat

a. Pihak Syarikat berhak mengubah, meminda dan menukar apa-apa Polisi, Syarat dan Peraturan Syarikat yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

b. Semua perubahan & pertukaran polisi ini akan sentiasa dimaklumkan kepada Sub-Dealer secara bertulis atau telefon.

13. Perlucutan Sub Dealer

a. Sekiranya berlaku perlucutan status Sub-Dealer, Pihak Syarikat R&Z Cosmetics akan membeli balik semua Produk R&Z Cosmetics di premis perniagaan Pihak Sub-Dealer termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics dengan nilai yang akan ditentukan oleh Pihak Syarikat.

b. Selain dari itu, jika Pihak Sub-Dealer ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Pihak Syarikat R&Z Cosmetics juga sedia membeli balik semua produk R&Z Cosmetics termasuk banner atau sebarang papan tanda R&Z Cosmetics mengikut nilai yang akan ditentukan oleh Pihak Syarikat.

c. Pihak Sub-Dealer tidak akan mempunyai sebarang tuntutan terhadap R&Z Cosmetics untuk kerugian perlucutan tersebut dan juga kerugian lain.



0 comments:

Post a Comment

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah