Tuesday, February 2, 2010

MASAK PINDANG IKAN

Bahan-bahan:-
Ikan selar kuning
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili merah (dihiris nipis)
Cili padi ( diketuk)
Garam dan gula.
Asam Keping
Sedikit kunyit

Cara-cara Memasak :-
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih .
Kemudian masukkan kesemua bahan yang dihiris dan diketuk..
Lebih kurang 5minit selepas itu masukkan ikan.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih masakan sudah boleh diangkat dan dihidangkan.

Boleh dijadikan menu untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 30minit
P/S: Boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

0 comments:

Post a Comment

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah