Thursday, January 28, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Tuesday, January 19, 2010

SAYUR CAMPUR.


Bahan-bahan:-

Tauhu (dipotong dadu atau diganti dengan udang)
Bunga kobis
Kobis
Lobak merah
Putik jagung
Cendawan tiram
Bawang putih
Bawang merah.
Brokoli

Cara-cara Memasak:-
Jika menggunakan udang, buang kulit dan bahagian belakang udang yang berwarna hitam tersebut.
Panaskan periuk dengan sedikit air sehingga mendidih.
Masukkan bawang putih, bawang merah serta garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan semua sayur tersebut dan biarkan selama 5minit dengan api sederhana sehingga sayur-sayur tersebut empuk dan matikan api.
Kemudian ia sedia dihidangkan.



Boleh dimasakkan untuk makan tengah hari atau malam.
Tempoh memasak : 25minit
P/S : Boleh memasukkan sebarang sayur yang disukai. Elakkan menggunakan MSG.

IKAN BAKAR & AIR ASAM

Bahan-bahan:-
Ikan (sebarang jenis ikan)
Alluminium Foil
Daun pisang atau Daun Kunyit
Serai (diketuk)
Bahan kisar

Cili merah
Bawang putih dan bawang merah
Belacan
Kunyit hidup @ serbuk
Garam dan gula

Cara-cara Memasak:-
Panaskan semua bahan yang telah dikisarkan itu tanpa minyak sehingga mendidih dan angkat.
Letakkan daun pisang atau daun kunyit ke atas foil tersebut. Sekiranya tiada , boleh juga menggunakan foil tersebut sahaja.
Letakkan ikan di atas foil dan lumur ikan bersama bahan kisar.
Letakkan serai yang telah diketuk sebanyak 2 atau 3 batang ke atas ikan tersebut bagi menaikkan aromanya.
Kemudian bungkus ikan tersebut mengikut citarasa anda.
Panaskan kuali dan masukkan ikan yang telah dibungkus itu dan tutup kuali tersebut.
Setelah 5minit, balikkan ikan tersebut dan tutup kuali tersebut.
Masakan telah siap dan boleh dihidangkan.


AIR ASAM


Bahan-bahan:-

Bahan kisar
Cili Padi
Cili merah
Belacan
Garam dan gula
Bawang besar (dipotong bulat atau nipis)
Air asam jawa atau asam limau
Tomato (dipotong dadu)


Cara-cara Memasak:-

Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.
Setelah siap, ia sedia untuk dihidangkan.


Boleh dimasakkan untuk makan tengah hari atau malam.
Tempoh memasak : 40minit
P/S : dicadangkan untuk dimakan semasa panas.
Bahan kisar tersebut dipanaskan agar bahan itu boleh disimpan supaya boleh digunakan bila-bila masa. Elakkan menggunakan MSG dan kerisik.

IKAN SIAKAP STIM

Bahan-bahan:-
Ikan siakap

Bahan kuah
Jeruk plum
Bawang putih (diketuk)
Bawang besar (dipotong bulat)
Halia (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili merah (dihiris nipis)
Cili padi ( diketuk)
Garam dan gula.
Daun sup dan daun bawang
Tomato (dipotong dadu)


Cara-cara Memasak :-
Cuci ikan tersebut dengan menggunakan asam dan garam supaya bau ikan itu hilang, dan rendamkan selama 15 minit.
Kelar isi ikan agar rasa kuahnya dapat meresapmke isi ikan.
Sementara itu bancuhkan air di dalam periuk, masukkan plum yang telah di pecahkan serta bahan-bahan lain.
Gaul kesemua bahan tersebut dan masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah itu masukkan ikan ke dalam tray kukus dan kukus ikan tersebut sehingga separuh masak.
Kemudian masukkan bahan kuah dan tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Letakkan ikan tersebut ke pinggan untuk dihidangkan dan taburkan daun sup, daun bawang, serta tomato yang telah dipotong dadu.



Boleh dimasak untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 30minit
P/S: Boleh menggunakan jenis sayur yang disukai serta boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:-
Ikan Kembung
Cili merah
Bawang putih
Bawang merah Dikisar
Belacan
Serai Diketuk
Halia
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Timun
Kacang bendi
Tomato
Bawang Besar (dipotong bulat)
Garam dan gula.

Cara-cara Memasak:-

Kisar bahan yang perlu dikisar bersama gula dan garam, mengikut cita rasa sendiri.
Jerang atau panaskan air di dalam sebuah periuk, dan masukkan asam keping serta bahan-bahan yang telah dikisar, didihkan.
Kemudian rasa masakan tersebut samaada cukup manis, masin dan masam.
Masukkan timun dan kacang bendi.
Kemudian masukkan ikan, dan tunggu sehingga ikan tersebut masak.
Akhir sekali masukkan tomato, dan selepas satu minit atau kurang padamkan api.
Masakan telah siap untuk dihidangkan.

Boleh dimasak untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 20minit
P/S: Boleh menggunakan jenis ikan yang disukai serta boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

TOMYAM SAYUR


Bahan-bahan:-


Bunga kobis
Putik jagung
Kobis
Lobak Merah
Tomato
Bawang besar (dipotong bulat)
Serai (diketuk)
Bawang putih (diketuk)
Asam keping
Cili padi (dipatah-patahkan)
Daun limau purut (dikoyak-koyak)
Kiub Tomyam (tak kisah jenis apa pun)
Garam dan gula

Cara-cara Memasak:-

Jerang atau panaskan air sehingga mendidih.
Masukkan asam keping, kiub tomyam, serai.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah itu masukkan kesemua sayur tersebut dan biarkan selama satu minit atau sehingga lobak merah lembut.
Padamkan api dah masakan sudah sedia dihidang.

Boleh dimasak untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 25minit
P/S: Boleh menggunakan jenis sayur yang disukai serta boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

Sunday, January 17, 2010

testimoni super maxx5

Halizah Mohd Rawi
pada 13nov2009 beratnya 118kg


pada tarikh 23dis2009
Halizah telah menurunkan berat badannya sehingga 108.8kg (turun 9.2kg)




Aina Hj Abdul Gani
sebelum berat beliau 85kg


selepas menggunakan super maxx5 beratnya menurun sehingga 68kg

Monday, January 11, 2010

PAPARAN YANG ADA DI MAJALAH MINGGUAN WANITA

MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA


Makanan dan Pemakanan - Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida.
Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?


Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah