Tuesday, January 19, 2010

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:-
Ikan Kembung
Cili merah
Bawang putih
Bawang merah Dikisar
Belacan
Serai Diketuk
Halia
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Timun
Kacang bendi
Tomato
Bawang Besar (dipotong bulat)
Garam dan gula.

Cara-cara Memasak:-

Kisar bahan yang perlu dikisar bersama gula dan garam, mengikut cita rasa sendiri.
Jerang atau panaskan air di dalam sebuah periuk, dan masukkan asam keping serta bahan-bahan yang telah dikisar, didihkan.
Kemudian rasa masakan tersebut samaada cukup manis, masin dan masam.
Masukkan timun dan kacang bendi.
Kemudian masukkan ikan, dan tunggu sehingga ikan tersebut masak.
Akhir sekali masukkan tomato, dan selepas satu minit atau kurang padamkan api.
Masakan telah siap untuk dihidangkan.

Boleh dimasak untuk makan tengah hari.
Tempoh memasak : 20minit
P/S: Boleh menggunakan jenis ikan yang disukai serta boleh menambah lebih cili untuk sesiapa yang suka makan pedas. Elakkan menggunakan MSG.

0 comments:

Post a Comment

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah