Tuesday, January 19, 2010

IKAN BAKAR & AIR ASAM

Bahan-bahan:-
Ikan (sebarang jenis ikan)
Alluminium Foil
Daun pisang atau Daun Kunyit
Serai (diketuk)
Bahan kisar

Cili merah
Bawang putih dan bawang merah
Belacan
Kunyit hidup @ serbuk
Garam dan gula

Cara-cara Memasak:-
Panaskan semua bahan yang telah dikisarkan itu tanpa minyak sehingga mendidih dan angkat.
Letakkan daun pisang atau daun kunyit ke atas foil tersebut. Sekiranya tiada , boleh juga menggunakan foil tersebut sahaja.
Letakkan ikan di atas foil dan lumur ikan bersama bahan kisar.
Letakkan serai yang telah diketuk sebanyak 2 atau 3 batang ke atas ikan tersebut bagi menaikkan aromanya.
Kemudian bungkus ikan tersebut mengikut citarasa anda.
Panaskan kuali dan masukkan ikan yang telah dibungkus itu dan tutup kuali tersebut.
Setelah 5minit, balikkan ikan tersebut dan tutup kuali tersebut.
Masakan telah siap dan boleh dihidangkan.


AIR ASAM


Bahan-bahan:-

Bahan kisar
Cili Padi
Cili merah
Belacan
Garam dan gula
Bawang besar (dipotong bulat atau nipis)
Air asam jawa atau asam limau
Tomato (dipotong dadu)


Cara-cara Memasak:-

Gaulkan kesemua bahan sehingga rata.
Setelah siap, ia sedia untuk dihidangkan.


Boleh dimasakkan untuk makan tengah hari atau malam.
Tempoh memasak : 40minit
P/S : dicadangkan untuk dimakan semasa panas.
Bahan kisar tersebut dipanaskan agar bahan itu boleh disimpan supaya boleh digunakan bila-bila masa. Elakkan menggunakan MSG dan kerisik.

0 comments:

Post a Comment

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~

Nurhaniza telah berjaya mengurangkan 16 kg dalam tempoh kurang sebulan~
 
Copyright 2012 © Reserved to RNZ COSMETICS Design By Cik Nurfarah